





Malaysia dikenali di mata dunia sebagai negara yang cukup kaya dengan bangsa dan budaya yang berbeza-beza. Sungguh pun menguruskan kepelbagaian ini penuh dengan liku-liku yang mencabar, namun tidak kurang detik-detik indah yang telah mewarnai sejarah tanah air kita. Kesatuan dalam kepelbagaian telah dipertahankan rakyat Malaysia dengan tidak mengendahkan golongan yang inginkan perpecahan demi kepentingan masing-masing.
Mari bersama di Karnival Kita Anak Malaysia (KAMI) pada 16 September 2022 di UTM Kuala Lumpur sebagai kemuncak kepada Sambutan Bulan Kebangsaan 2022 oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia. Aneka persembahan kebudayaan dan aktiviti bakal diadakan, sesuai untuk semua julat umur dan seisi keluarga. KAMI 2022 bakal menjadi satu medium untuk rakyat berkongsi nilai dan budaya rentas bangsa agar yang jauh didekatkan, yang dekat dieratkan.
Jumpa anda di sana!
'Walau Kita Berbeza, Tetap Teguh Bersama'

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)
Hj. Badlishah Sham bin Baharin

PENGANJUR UTAMA

DENGAN KERJASAMA
LAGU TEGUH BERSAMA
Tekan play untuk mendengar lagu khas Teguh Bersama

AKTIVITI MENARIK UNTUK SEISI KELUARGA!















